Monday, December 10, 2018

Perdebatan Rang Undang-Undang Kewangan 2018

Ucapan YB Wong Hon Wai (Ahli Parlimen Bukit Bendera) semasa perdebatan Rang Undang-Undang Kewangan 2018 pada 10-Disember-2018
---------------------------------
Saya bangun untuk menyertai perdebatan Rang Undang-undang Kewangan 2018.

1. Saya ingin merujuk kepada Fasa 23: Pindaan kepada Jadual 1 Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53). Saya ingin mengalu-alukan satu pindaan yang menarik iaitu kadar cukai untuk Small and Medium Enterprise (SME) yang paid-up capital kurang daripada RM2.5 juta akan menampakkan penurunan cukai pendapatan dari 18 peratus kepada 17 peratus untuk RM500K yang pertama seperti dalam Schedule 1 Klausa 2A dan 2D.

2. Saya melihat kepada Rang Undang-undang Kewangan 2018 ini sejajar dengan perkembangan antarabangsa serta ketelusan yang lebih tinggi.

3. Fasa 4 yang meminda Seksyen 2 Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53) ini iaitu memperkenalkan definisi “Research and Development”. Ini sejajar dengan Frascati Manual yang dikeluarkan oleh OECD (Organisation for Economic Co-operation and Development).
Definisi “Research and Development” yang baru ini dapat membezakan antara basic research, applied research dan research and development. Ini akan memperketatkan dasar pencukaian yang hanya memberikan insentif kepada kategori Research and Devlopment” untuk elak insentif yang diberikan kepada syarikat yang tidak menjalankan “Research and Development”
Iaitu menggunakan tax insentif untuk menggalakan R & D.

4. Penyertaan Malaysia dalam FHTP (Forum of Harmful Tax Practices) OECD (Organisation for Economic Cooperation and Development) Initiatif Percukaian
Ini menunjukkan komitment Malaysia dalam Standard Percukaian Antarabangsa. Dalam usaha menangani masalah ketirisan hasil cukai dan pemindahan keuntungan, OECD dan G20 telah memperkenalkan standard percukaian antarabangsa menerusi Base Erosion and Profit Shifting (BEPS) Action Plan dengan 15 Pelan Tindakan. Malaysia menyertai sebagai Associate Member
- Ketelusan melalui pertukaran maklumat yang releven
- - menecegah aktiviti treaty shopping untuk mendapat manfaat di bawah DTAA oleh pembayar cukai
- Obligasi untuk membuat laporan country by country reporting oleh syarikat multi-nasional yang mempunyai cawangan untuk transaksi merentasi sempadan.
- Memastikan sebarang pertikaian percukaian di bawah DTAA dapat diselesaikan di kalangan negara penjaji secara lebih efektif.

Saya difahamkan bahawa penyertaan FHTP ini hanya perbelanjaan R & D yang dilakukan di Malaysia mendapat pengecualian cukai pendapatan. Saya difahamkan pelaksanaan Pewartaan Insentif Percukaian Malaysia di bawah FHTP hendakalah diwartakan selewat-lewatnya 31 Disember 2018. Saya ingin menanyakan samada deadline masih kekal memandangkan hanya tnggal 3 minggu sahaja.

5. Saya juga ingin membangkitkan isu tunggakan cukai yang perlu dibayar balik kepada pembayar cukai. Sehingga 31 Mei lalu, baki RM16.04 bilion belum dibayar balik kepada pembayar cukai yang tertunggak sejak lebih enam tahun lalu, membabitkan 1,653,786 kes syarikat, individu, persatuan dan yayasan.
Saya difahamkan penangguhan bayaran balik cukai terlebih bayar ini terutamanya disebabkan oleh peruntukan dalam Tabung bayaran Balik Cukai (TBBC) yang tidak mencukupi.
Saya berharap Kerajaan dapat memastikan sistem percukaian kita telus dan adil kepada pembayar cukai.

6. Perjanjian Pengelakan Cukai DUa Kali (PPPDK) yang telah berkuatkuasa dengan 74 negara. Terdapat puluhan lain yang belum berkuatkuasa, sedang dirundingkan dan apakan timeframe ataupun usaha dan cabaran baru untuk membuat perjanjian tersebut.

7. Saya turut mengalu-alukan pengumuman dalam bajet bahawa penyertaan Malaysia dalam AEOI System (Automatic Exchange of Information) yang dipelopori oleh OECD. Dengan penyertaan tersebut, autoriti percukaian Malaysia akan menerima maklumat offshore bank account yang dimiliki oleh warganegara dan resident.

Begitu juga obligasi institusi kewangan Malaysia untuk membekalkan maklumat account warga asing atau non-Malaysian residents kepada autoriti percukaian pemegang akaun asing tersebut.
Penyertaan ini dengan tujuan menangani lari cukai (tax evasion).
Mereka yang menyorok wang di offshore account seperti di Bermuda dan Cayman Islands, melalui AEOI, LHDN dapat mengetahui berapa wang warga Malaysia ada di offshore account dan boleh mengenakan tax audit kepada taxpayer.

8. Saya ingin melihat sistem percukaian kita lebih telus supaya skandal-skandal seperti 1MDB yang dilakukan oleh Jho Low semasa pentadbiran Barisan Nasional boleh dikesan dengan lebih awal.
9. Saya juga ingin melihat lebih banyak penguatkuasaan terhadap pelarian cukai ditambahbaik. Malaysia hanya menandatangani treaty dengan 13 negara di bawah mutual assistance in criminal matters. Perkara ini perlu dipertingkatkan supaya bantuan dari negara lain boleh diperolehi untuk menangani isu pelarian cukai.
----------------------------------

No comments: